Monday, May 28, 2012

ehem...
cinta tu kerja Tuhan,
Dia jadikan setiap satu berpasangan
sebagai tanda kekuasaan
bagi sapa yang menggunakan akal fikiran,

Tanda kuasanya Tuhan,
saat diletakkan perasaan
bukanlah kudratnya insan untuk melenyapkan,
Tanda kuasanya Tuhan,
Walau wujudNya tanpa akhiran,
tidaklah Dia perlukan pasangan sebagai peneman.
Harapnya insan sedar kelemahan,tambah ketundukkan,
segala yang salah harap diampunkan.
 
p/s: ar-Rum:21
 

Friday, April 6, 2012

storyline



Bismillahirrahmanirrahim. Lama dah tak post hehe. Post kali ini tentang cerita yang dikarang. Hasrat di hati nak buat komik nanti,tapi tak tau la bila boleh jadi realiti.
 Cerita berkisar pada seorang atau satu makhluk luar bumi, menghadapi saat hampir mati,saat planetnya hancur, lenyap dari realiti. 
Saat hampi mati, dia sedar selama ini hidup tak bererti, seolah hidup hanya sehari, semuanya hilang, kerana selama ini hidup dibina berasakan hanya untuk dunia, dan bila dunia hilang, apa jua yang terbina kerananya juga hilang, meninggalkan diri kosong bekal menghadapi mati, menanti janji yang semestinya akan dituntut nanti.
Di bumi, ada peluang kedua menanti, untuk menjadikan hidup lebih bererti.

Sebab tak tau bila benda ni nak jadi komik,jadi di'share'lah dekat sini, dengan harap ada manfaat diberi, untuk bekal nak balik nanti.

Jadi bacalah kalau hati sudi,Salam :).

Sambungan post lepas.....

“Lama ka Iz cuti?”

“Ada la dalam dua bulan hehe”

“Ish, lama jugak tu, boleh la teman wan dengan tok kat kampong ni. Hang pon lama dah tak balek. Dulu waktu hang kecik-kecik tok la yang dok jaga hang, bagi makan, minum, mandi sungai, basuh ber…”

“Aaa, ya la tok, boleh, boleh, apa pulak tak boleh. Tok masak lauk apa malam ni, bau sedap ja.”

“Tok masak lauk ayam masak merah dengan masak lemak. Haa, tergugat la tu nafsu makan dan berkeronconglah perut. Cepat , baca do…”

"Bismillahirrahmairrahim, amin"

"Aik, pendeknya doa"

“Cukuplah tu, lapar ni tok, Tok , wan jemputla makan”

Iz melangkah ke depan rumah. Wan membaca al-Quran, berhenti sebentar membalas bicara cucunya
“Gelap langit malam ni kan Wan, angin pon kuat. Guruh, kilat.”

Nak hujan la tu, sejuk la sikit malam ni, Alhamdulillah.

Di langit kilat sabung-menyabung, berakar membelah pekat malam, hendak benar berjumpa bumi di bawah sana. Wan meneruskan bacaan al-Quran, suaranya mengalir lemak ,lembut . Angin bertiup masuk , menambah damai menemani tenang yang amat jarang bertandang.

“Senyum sorang-sorang ni pasai pa?” tok menyusul, mengelap tangan yang basah, mugkin baru selesai mencuci pinggan di dapur.
Hati senang tok, perut pulak kenyang.”

“Baguihla, tu bilik, belakang tu tok dah siap kemas dah, boleh la kalau nak masok tidoq, tapi sebelum tu jangan lupa semayang isyak dulu. Hang tak semayang lagi kan?”

Iz menggeleng, sedikit tertunduk

“Ha, kalau macam tu satlagi sembahyang dengan tok, jadi imam, wan hang tadi dah semayang kat masjid.”

“Hah?! Ish tak mau la tok.”

“Awat pulak tak mau?”

“Segan”

“Ish nak segan apanya dengan tok, dah2, pi ambek ayaq semayang, tok nak pi ambek telekong sat.”
Dalam penuh berat dan terpaksa Iz mengimami solat.


 Tika itu musim rambutan. Gugusan merah rambutan penuh memeuhi pokok.

“Banyaknya rambutan!!! Wan cepat la kait wan, tak tahan dah ni!”

“Iya ,ya sabaq la sat, Wan ni dah tua, tak kesian ka?” Balas wan beriring tawa.    

 Beberapa tika berlalu………………dan dah ! bakul-bakul yang penuh dengan rambutan!

“Sedap?”

“Sedapp wan, maneh.”

“Tulah rasa dan hasil satu pengabdian, bila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan. Iz tau tak yang pokok ni pun sebenaqnya hamba macam kita jugak. Mungkin, depa hamba yang lebih baik.”

“Sebab apa pulak Wan?”

“Sebab depa setiap masa dalam ibadah,dalam pengabdian dan ketundukan diri kepada Tuhan. Maknanya, apa yang depa buat semuanya ikut arahan dan rancangan Tuhan, tak melawan langsung. Setiap daun yang tumbuh, satiap daun yang gugur, setiap cabang ranting semuanya ikut cakap Tuhan. Hasilnya, buah-buah yang manis, bukan saja memberikan kebahagiaan kepada diri depa, tapi jugak kepada  makhluk-makhluk lain kat dunia ni, macam kita.”

“Tak paham sangat la Wan.”

“Tak pa, tak pa nanti pelan pelan la belajar untuk paham. Yang penting jangan berhenti belajaq. Biaq nanti hang tau tempat hang kat bumi ni.”

“Tempat apa pulak la wan ni… wan ,wan jom la pi mandi sungai pulak!!!”

Sekarang

Waah, banyak betul rambutan! Kait,kait,kait.

Hmm ,tinggi la pulak buah kat atas tu….kait je la yang mna boleh.
Eh, benda apa pulak ni? Iz melihat ke atas pokok. Ada sesuatu yang ganjil, menghalang cahaya  matahari pagi,tersangkut di dahan , terlindung oleh rimbunan daun dan buah-buah yang masak ranum. Dia menolak-nolak objek tersebut dengan galah di tangan, menanti jika ada sebarang reaksi  sambil hatinya menduga apa sahaja objek tersebut sebenarnya. “ Nampak macam…” objek yang ditolaknya tiba-tiba terjatuh dari dahan menghempap bumi.

Oh, mak kau! Dia terlompat ke belakang sedikit, terkejut, kemudian menghampiri objek tersebut.
Alamak,orang la! Kelihatan sekujur tubuh di tanah (outfit character design for alien), tidak sedarkan diri, tiada sebarang kecederaan yang dapat dilihat. Dia menghampiri tubuh tersebut, memeriksa denyut nadi dan nafas “ Hidup lagi!”
“Tok!!, Wan!!”

Macam mana wan? Nak bawak pegi hospital ke?

Eh eh pasai pa tiba-tiba cakap kl ni? Sat, kita tengok dulu macam mana, hang pi panggil Tok Long(tukaq nama nanti utk lebih sesuai),

Pangge dia mai tengok sat.

Beberapa ketika kemudian.

Nampak macam takdak apa-apa,takdak patah-patah, dalam dia semua okey lagi ni, mungikin dia pengsan ja kot, tunggu la, nanti insyaallah dia jaga.

Alhamdulillah, kalau macam tu tak pa la. Jemput Teh minum kopi dulu. 
Iz pi ambek ayaq kat tok hang tu.

Iz tidak mangendahkan panggilan ,atau tak sedar,tenggelam dalam lamunan,tersenyun-senyum sendiri.
Iz!!

Ha, ya wan, ada pa

Tu pi tolong tok hang angkat kopi mai sini,

Angkat tok mai sini?

Nak angkat tok hang buat apa,Aku kata angkat kopi,

oo.angkat kopi

 ish budak ni, pehai la dia ni.


Iz  sampai di hadapan sebuah  rumah kampong, lamanya kemas, nyaman, bayu pagi bertiup lembut , memnyejukkan badan yang berpeluh memecut basikal.

Assalamualaikum, assalamualaikum, Tok Long, oo Tok Long!

Assalamu…..

Tiba –tiba pintu terkuak

Tok tak dak, dia pegi kebun, seorang gadis bertudung santun menutup tubuh menjawab.                           

Oo…oo,iz tersedar dari pegun seketika tadi, cepat cuba memusingkan basikal, mula untuk mngayuh basikal, namun berpaling semula.. aaa, cantik! Eh , silap-silap, cik, cik, tau dak kebun tu dekat mana?


 Hari tu tak sempat pon nak  kutip rambutan sebab dia punya pasal(sambil melihat dia yang mengikut dari belakang). Hari ni aku nak kutip banyak-banyak. Tapi cepat pulak la dia sihat, dua hari ja dah sembuh.

Jom, nah tolong bawak bakul ni.

Tok dengan wan keluar pi dengar kuliah agama, terpaksalah bawak dia sekali, tapi boleh la jugak dia tolng sikit sikit hehe.

Sampai ke kebun, pokok rambutan penuh dengan buah yang masak ranum!

Iz kelihatan sedang mangai-ngait buah rambutan,’ hah, buah-buah yang dah jatuh tu hang boleh la tolong kutip boh dalam bakul.

Mereka terus mngait dan mengutip untuk beberapa ketika,hingga akhirnya, sebakul penuh rambutan!

Nah, nak rasa?
D
ia mengambil, teragak-agak untuk makan.

Makan la sedap tau, maneh!

Dia makan, em. Sedap! Lalu tersenyum

Haa kan aku dah kata sedap. Tok kata ni lah rasa satu pengabdian, manis.

Dia hanya melihat kepada iz, seolah cuba mengerti.

Ni baru ambek buah yang kat bawah , tak sampai nak ambek buah yang tinggi-tinggi, sayang toi.

Tiba-tiba dia bangun , bergerak kea rah pokok rambutan, kemudian memukul batang pokok rambutan, kuatnya menggegarkan tanah , menggongcang pokok, dan menggugurkan buah-buah rambutan dari pokok-pokok lain di dalam dusun!
Buah rambutan berguguran ke bumi!
Dia ni ada kekuatan luar biasa!, iz ternganga.
..............................................................................................................................................................
Ish, kenapa dengan aku ni, sikit-sikit teringat dia.
Sapa dia, sapa nama dia?
………………………………………………………………………………………………............

Dada teramat sesak, padat tertekan, oleh takut, dalam kekalutan manusia, jerit pekik hysteria, aku tertegun dibeban takut, pada apa yang menanti selepas ini. Saat semuanya hilang, bagai mimpi yang tidak terulang. Saatnya aku disapa sedar. Aku sedar dalam takut, saat apa yang selama ini luput menjadi wujud, wujudnya menuntut janji-janji yang pasti. Janji yang telah aku menterai, dengan bahagia atau seksa abadi sebagai ganti.

Manusia –manusia kalut, berlari ke sana kemari, mencari-cari perlindungan pada dunia,pada realiti yang  semakin menghilang, berhambur .

Dia tersedar,dadak berombak besar, nafas yang tercungap, peluh. Dia amati sekeliling, asing,yang dia sekarang di tempat asing.

Dia berjalan keluar dari bilik, mambuka pintu rumah, keluar, menikmati dingin malam, ingin mencari tenang pada bintang –bintang yang bersinar terang. Dia duduk ,mendongak muka ke langit.
Sayup-sayup dia terdengar, alunan suara mengalir lembut,damai, tenang. Dari celahan dinding kayu mencari hati yang merindu . 
Dia amati rasa di hati, seolahnya ada kerlip bintang menerangi.
.................................................................................................................................................................
Wan baca apa mlam tadi?

Malam tadi?

Semalam saya dengar bunyi,  indah. Macam bintang di langit.

Wan melihat kepadanya dalam dan tenang.

Semlam Wan mengaji.Baca Al-Quran. Wan nak cari panduan, ingin dengar kalam Tuhan,supaya nanti hidup sampai pada tujuan , dapat pulang disambut keredhaan.

Al-quran yang diwahyukan, bintang berkerlipan datang kedua-duanya dari Dia yang mencintai keindahan.
Al-Quran sama seperti bintang, memberi panduan pada insan, petunjuk yang indah untuk membawa kepada satu keindahan. Saatnya bila manusia kenal erti kehidupan ,tahu letak duduk sebagai hamba Tuhan ,tunduk pada kehendak dan aturan Tuhan,saat itu hilanglah segala kecelaruan, kesongsangan dan kebatilan. Semuanya benar dalam aturan. Semuanya mencapai keindahan.

Iz diam,cuba menghadam butir kata atuknya,cuba mencari makna dalam kata yang sudah tertib indah susunnya.

“Wan ,” alien(?) bersuara.

“Ajarkan saya al-Quran”
Iz,sedikit tersentak, Wan menguntum senyuman.

“Ha, baguslah kalau hang nak belajaq al-quran”, toknya mencelah . “nanti Iz hang pon blajaq skali”.

“Haah?! Pulak!”

Tuesday, March 27, 2012

“Assalamualaikom….wan…oo wan”. Seorang budak turun dari basikal. Bergegas naik ke atas rumah. “Wan ,jom la pi sungai, kata bila petang nak pi sungai”.

“Ya la, ya, la.. jom pi sungai”.

Dalam bas, seorang remaja terjaga, dalam bas yang agak usang, jalan kampung…memandang ke luar tingkap, kemudian tertidur semula.

“Iz tengok ni,labi-labi.”

“Waa bawak balik la wan , boleh Iz bela..”

“Ishh tak boleh, tempat dia kat sungai ni, ni rumah dia, ni tempat yang Tuhan ciptakan untuk dia.”

“Ala bawak balik la wan…Pak Ndak bela lembu takpa kat rumah tu…belambak-lambak”

“Ahai, lembu memang la utk kita bela, lepas tu kita sembelih.

“Setiap benda kat bumi ni Iz, ada tempat dia.”

“Tapi wan…”

“Dah,dah nak maghrib ni, dok la kat sungai ni lama-lama….ha nantiii…wan nak balik ni…”

“Ala wan tunggu la!!!”

Terjaga lagi,melihat ke luar tingkap. Menekan loceng. Bas berhenti di sebuah perhentian bas usang. Seorang pak cik tua menunggu dia atas motosikal. Remaja melangkah turun dari bas, menghampiri si tua.

“ Assalamualaikum wan, wan sihat?”

Waalaikumussalam, Alhamdulillah, ok lagi”

“Dah, jom, tok kamu dah tunggu kat rumah tu.” Motosikal membelah sawah, diufuk, mentari petang siap untuk pulang, diraupnya saki baki cahaya di bumi, namun ada yang tertumpah, mewarnai langit.

Friday, February 17, 2012

Monday, June 20, 2011

nature's call :D

floating clouds on the sky, shining stars up and high, a little baby full of smile

bring joys to this heart of mine

often make me wonder how and why.


the beauty of the stars and sky,or the cuteness of little one

reflections they are of the truth behind

that they submit to The Only One,

staying in sync with His orders and guide,

a state that we had left behind,


they remind us to this state we once experienced,

echoing the call for us to return,

joining them in the one same rhythm.


Saturday, April 23, 2011

sakit memudarkan dunia,
bukti wujudnya yang amat
sementara,lagi teramat maya,
juga bukti dunia bukan segala

sakit itu bantuan Tuhan sebenarnya,
membantu hamba untuk bebas sementara
kembali pada Tuan yang selayaknya
kerana senang dan nikmat,
seringkali gagal membawa hamba mendekat
seringkali kita hanyut dan sesat

sakit dan deritalah yang sebenarnya
memberi harga pada senang dan nikmat

sakit memungkinkan hati merasa
pedihnya azab neraka saat ayat-ayat Tuhan dibaca
saat air mendidih melecurkan kepala,
saat haus diberi minum cairan tembaga

rasa ini menyedarkan manusia
agar dia tidak terseksa di sana.
Nyata,dalam sakit dan derita
ada nikmat sebenarnya.


-at last, a new post hehe,hope to bring some enjoyment and benefits,salam :D

Friday, February 25, 2011


"an aesthetic pleasure arises when the soul finds its own inner harmony duplicated in its object".*

yang mengenal cantik itu hati,
lain hati, lain persepsi,

tapi,
tiada hati mampu menafi,
indahnya langit, bintang,pelangi

menjadi bukti,
Sang Pencipta mengetahui,
rahsia sekalian hati,
apa disuka, apa debenci,

kerana Allah,
pemillik sebenar diri.



*quote taken from 'Divine Inspiration-7 principles of islamic architecture' .

Saturday, November 20, 2010

here it comes, again
and me, had a fight within
all these emotions
is surely confusin', at the same time conflictin'
there is a chaos within.

but the past had tought me somethin'
no matter what,
He is the one I'm heading,
He is the one I'm needing,
He is the one sustaining,
Forever loving,

He is the one worth sacrifying ,
though we had never be the one
who is possessing.

His blessing is the only I should be seeking.


-clear enough eh dear self?-







Friday, October 22, 2010


slm, lama dh x posting, sbb mmg x dak apa2 sgt pon utk ditulis, don't know what to say more,hehe, slm.

Friday, September 10, 2010

Thursday, September 2, 2010

bismillahirrahmanirrahim.

dunia, realitinya berbeza
antara si celik dengan si buta,

kewujudannya mungkin penuh cahaya dan warna,
mungkin juga hanya nada dan gema,

hakikatnya,
kewujudannya berbeza,
mungkin kerana
wujudnya hanyalah fana,
wujudnya amat sementara.






Friday, July 9, 2010

Hidup adalah mimpi,
yang padanya kita punya misi,
dari Tuhan pemilik
segala jadi,

misi untuk mengejar sebuah hidup
penuh bahagia, beriringan redha
ilahi , saat kita melangkah nanti
ke dunia yang abadi,
dunia hakiki,
saatnya kita menghadap Ilahi.

Saturday, June 26, 2010

salam!!!

my first exercises were finally submitted haha.
we had to free-handly draw lines,many2 lines, did some tedious lettering ,rendering with all sorts of techniques, sribbling , hatching ,cross hatching and stippling.
rendering is some sort of prosess of giving shape and volume to a 2D drawing, using lines and dotts thus it also gives it some texture.

Stippling is the one using dotts , lots and lots and lots of dotts for sure haha. This one type of stippling really made my hand tired. But it also help me in realising something , giving me a new perspective to the world existing around.

What I was doing was only filling a circle of few centimeters with dots, and im alredy tired with it. I'm weak

To realize that in every single dott i made, there is thousands atoms within, in just a single dot . Imagine how many atoms actually are they in a single solid ball, or a rock, or a leaf or everything. And there is for sure exist a tremendous power , holding all of the atom together, making things what they are, making the world what it is right know. Without this power that holds every atoms , making it stable, sustaining it charges, there would not be anything. Everything exist because God is existing, we are and everything are actually existing due to His Might and love.
Everything come from a single existence.
We have absolutely no power even on our own existence . Imagine, without His power, the wall surrounding you, particle by particle dissolve, disappear into the air , the fan, this computer , the floor, the sky , all the people , you yourself , everything. at that point maybe we will realize how real this world is, as real as a dream , and we, we are the dreamer.

Salam.

Saturday, May 29, 2010

Salammmm!

Bismillahirrahmanirrahim.

mimpi adalah kunci untuk kita
menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya!
-Nidji,Laskar Pelangi-

Friday, May 7, 2010

kaya(2)

Bismillahhirrahnanirrahim.

Hanya satu lagi impian yang dicoretkan agar aku bisa mengingatnya dan berusaha mencapainya.

Aku ingin menerbitkan sebuah filem,yang mungkin mengisahkan 3 atau 4 watak yang menghidupkan sebuah cerita,cerita yang berkisar tentang kasih Tuhan , cerita yang cuba menyampaikan bahawa kasih Allah itu sememangnya wujud dan berkait rapat dengan kehidupan dan kewujudan manusia itu sendiri.

Dengan erti kata lain, filem ini cuba utk. menyedarkan kita bahawa kasih tuhan itu sememangnya teramat hampir,kewujudannya dalam pelbagai bentuk , berkisar mengelilingi kehidupan manusia , dan watak-watak ini telah berjaya menemuinya ataupun telah ditakdirkan utk menemui cahaya yang sebenarnya,melaui 4 cara atau cerita yang berbeza yang hakikatnya membawa mereka sujud dan kembali kepada Dia yang Satu , Allah yang Maha Esa.

Aku cuba-cuba memikirkan plotnya,apakah pencetus atau penyebab perubahan mereka,namun ternyata payah utk menghasilkan sesuatu yang mampu menyentuh rasa. Aku cuba membaca kisah2 insan yang memeluk islam, dapat aku simpulkan, hampir kesemuanya bermula dengan fikir mereka tentang hidup, tentang alam yang akhirnya membawa kepada pencarian Tuhan yang selayaknya disembah . Tiada salahnya mungkin utk disimpulkan bahawa, Islam dan kebenaran itu hanyalah untuk orang-orang yang berfikir,agama Islam itu selayaknya hanyalah untuk umat yang berfikir. Mungkin utk. memajukan bangsa Melayu ini fikir mereka perlu dijana semula. Tidak hairanlah Islam mendapat sambutan yang begitu luas di negara-negara maju kerana penduduknya adalh mereka-merka yang berfikir! Dan semestinya di hujung fikir itu,mereka temui kebenaran.Wallahua'lam.

Salam.

Thursday, April 29, 2010



poster filem(tajuk cam kenai haha).
PERHATIAN:Ini hanyalah satu gurauan diri yang boring.
Sesuai utk semua lapisan masyarakat. U

Monday, April 19, 2010

apa guna kaya (bhg1)

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

spm dh habes, fasa baru kehidupan bermula.
masing2 punya perancangan dan impian.
ini impian aku ,kalau ingin kesah bacalah, kalau x mau , takdak masalah.

disebalik semua pengajian yang lepas ataupun yang akan datang,
aku bercita-cita dan amat berharap untuk KAYA!
kerana aku sebenarnya ingin melakukan perubahan pada dunia ini
pada muda-mudi melayu islam khususnya. semakin difikirkan,semakin aku yakin utk melakukan semua itu aku perlu berwang.

aku melihat, apa yang mempengaruhi muda-mudi kini adalah hiburan
dan kesenian yang begitu hampir dengan jiwa mereka yg kmdiannya mempengaruhi cara dan pegangan hidup mereka.

jadi jika aku kaya, aku ingin menubuhkan sebuah band musik,tidak kiralah aku sendiri yang menganggotainuya ataupun akan aku adakan 'audition' di seluruh pelosok negara utk mencari anggotanya,jika tidak berjumpa,dunia masih luas utk diteroka.kemudian lagu yang dibawanya haruslah mampunya rentak yang senada dengan bunkface ,hujan,sixth sense dan mcm2 lagi dgn lirik yang setidak-tidaknya membuatkan pendengar berfikir bahawa mereka itu ciptaan sebenarnya.utk membutkannya didengari, roadtour ke seluruh negar mungkin perlu ataupun ahli2nya kupilih dari klangna jejaka2 hensem yang punya iras2 laki2 korea haha.sememangnya mesej yang diterima dgn suka dan penuh minat akan mudah diingati dan diterima.

kemudian,apabila mereka sudah terkenal,akan aku wujudkan satu jenama pakaian sendiri yang berlandaskan syariat islam untuk dipopularkan mereka.biar jadi ikutan seluruh muda-mudi.

ini semua hanyalah harapan yng muncul dicelah kekalutan jiwa yang amat mengharapkan perubahan dalam situasi sekarang.jika aku tidak berjaya melaksanakannya, mungkin anda2 yang membaca bisa melaksanakannya.harapnya begitulah ketika post ini diterjemahkan dari buah fikir.

mungkin keinginan ini terlalu besar utk insan yang penuh kekurangan ini yang sememangnya mengharapkan sokongan.

salam.

Thursday, April 8, 2010

Hujan,
diri ini telah lama mengimpi
untuk berlari menikmati
dingin titisan air
penyambung rahmat dari langit ke bumi,

hari ini
aku bersaksi
di bawah mendung langit yang menaungi
betapa diri ini dikasihi

mungkin diri ini terlalu ingin merasai
nikmat dari ilahi
basah alam dicurahi
dingin bayu dirasai
seakan diri benar-benar dihargai.

maka mendung langit
bukan lagi
sebab untuk ditangisi.


-syok betoi mandi hujan ptg tadi.berlari bebas diantara titis-titis rahmatNya.
dah lama dah teringin sbnqnya haha.

Monday, February 15, 2010

Dengan nama Allah , Tuhan yang Maha Pemurah ,lagi Maha Mengasihani.
selawat dan salam keatas nabi Muhammad serta sekalian keluarga dan sahabat baginda.

" Dia menurunkan malaikat , membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya (dengan berfirman):"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada-Ku ."
(An-Nahl, ayat ke-2)

Dalam ayat ini wahyu disifatkan sebagai roh yang membawa gambaran bahawa wahyu merupakan nyawa yang menjadikan manusia itu hidup.

Manusia itu sememangnya cenderung kearah membinasakan diri sendiri lantas, memusnahkan hidup .

Jadi , wahyu merupakan satu panduan yang lengkap daripada Pencipta Yang Esa untuk membuatkan manusia benar-benar hidup kerana wahyu melindungi manusia daripada kehancuran(jika dituruti dan dipatuhi lah..) lantas kehidupan dapat berlangsung.

wahyu juga menghidupkan hati yang mati , menerangkan kalbu yang jahil , menghidupkannya dengan matlamat yang satu.

Jadi , bagaimanakah mungkin untuk manusia tunduk patuh denagan sebenar-benarnya pada perintah dan wahyu Allah ,untuk hidup , hidup dengan sebenar-benarnya?

Ketundukan dan kepatuhan kepada Allah yang dizahirkan dengan menjadikan hidup sebagai ibadah merupakan tingkatan cinta tertinggi terhadap Allah .

Tingkatan cinta yang tertinggi ialah berbentuk penghambaan yang sepenuhnya hanya untuk Dia ,yang diawali oleh hubungan hati dengan pihak yang dicintai , kemudian dilanjutkan dengan curahan hati ,lalu timbul pengorbanan kerana perasaan cinta yang mendalam , yang disusuli kemudian oleh rasa rindu yang akhirnya membawa penghambaan diri kepada Dia yang Maha Sempurna.

Segala-galanya tidak mungkin berlaku melainkan jika hati mengenal Allah dan tidak mungkin bagi hati untuk mengenal Allah melainkan melalui satu asas yang dinamakan tawheed .

Tauheed merupakan asas wahyu ,iaitu pengakuan dan penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah , tiada tuhan yang berhak disembah , melainkan Allah dan manusia semestinya wajib mentaatiNya.

Oleh itu , tauhid merupakan ruh ataupun hidup yang sebenar-benarnya kerana ianya merupakan satu-satunya asas bagi wahyu yang kemudiannya memberi kehidupan dalam kewujudan manusia.



To live a life is to know your one and only God.

So, are we actually living or just merely existing?

salam.

Tuesday, February 2, 2010

something that should be published long before...

about the ALLAH issue, for me , i,m not seeing this as the matter of the malaysian muslims' right.

it is more toward the right of Allah Himself.
for me , it is an absolute impudence to spread something that denies the Ultimateness of The Almighty ,degrading Him into the level of weak creatures by giving Him their attributes , having son , denying his oneness . all of this is done by using his own name ,on the matter that deteriorates and dergading He Himself!

i don't see any good in this,and if u have the power to stop these , would u just let it to happen?!!

for me no matter whosoever is using His name , be the muslims themselves , it must be freed from any concept or anything that denying Him as what He says he is. The truth is only one.
it does't mean if someone is practising it before , it is also rightful for us to practise it.

68. They say: "(Allah) hath begotten a son!" - Glory be to Him! He is self- sufficient! His are all things in the heavens and on earth! No warrant have ye for this! say ye about Allah what ye know not?

69. Say: "Those who invent a lie against Allah will never prosper."
(Quran,Jonah ,verse 68,69)

well, this something that came from me , a normal person , not an ulama , a hafiz or what.

salam.

Wednesday, January 20, 2010

t-shirt design!!!




ha , ni design t-shirt untuk jiran punya kelas , kelas 3khas.
ada komen ? atau nak upah design t-shirt ?
salam . see ya!!

Wednesday, January 6, 2010

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
selawat dan salam keatas baginda muhammad rasul tercinta dan sekalian ahlul bait.

dalam hidup , manusia cuba mencari sebab dan musabab atas segala sesuatu yang berlaku.Dengan akal manusia akan mula berfikir , bagaimanakah dari tanah dan air tumbuhnya pokok , bagimanakah manusia lahir , dan bermacam macam lagi . Dari soalan yang diajukan timbullah pelbagai kemungkinan yang menjadi jawapan dan mungkin menjadi pegangan.

dari sifat ingin tahu jugalah lahirnya mitos2 dan cerita dewa-dewi sebagai penyebab kepada pelbagai kejadian di dunia, hasil daripada pemikiran manusia . Pelbagai persoalan timbul dan menuntut jawapan.
Sipakah kita?
Bagaimanakah kita wujud?
Darimanakah asalnya dunia ini dan segala sesuatu yang wujud?

Kita mungkin menjawab tuhanlah pemula segalanya .
Namun bagaimana jika kita diajukan soalan bagimanakah pula dengan kewujudan tuhan itu sendiri ? Adakah tuhan menciptakan dirinya daripada sesuatu yang tiada ? Kita ditanya lagi , walaupun tuhan dapat menciptakan segala benda , dia tentunya tidak dapat mencipta dirinya sendiri sebelun dia mempunyai diri untuk menciptakan dirinya .

Hah , inilah antara persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang dalam buku Sophie's World .

Bagi aku , sebagai seorang muslim agak berat untuk berbicara mengenai soal ini , namun persediaan harus dibuat , kerana ancaman terhadap umat ini sememangnya makin meningkat.

Sebelum kita mila memikirkan soal kewujudan sang pencipta , mungkin kita perlu melihat kembali ke dalam diri .

Bagaimanakah atom , antara stuktur terasas yang wujud , apakah yang menyebabkanya wujud , adakah ia punya kuasa , punya kehendak ,jika ya , bagaimana pula ia punya kehendak sebelum apa-apa pun dari strukturnya wujud? dan bagaimanakah pula ia wujud dalam bentuknya , dalam jenis yang khusus di antara berjuta-juta elemen atom yang wujud?

Jika persoalan mengenai kewujudan ciptaan tuhan yang paling asas pun tidak dapat dijawab , usahlah memandai cuba mengandaikan tentang kewujudan Sang Pencipta . Jika aturannya yang paling asas tidak dapat difahami ,mana mungkin memahami tuan empunya segala perancangan dan peraturan.

Sebagai ciptaan , kita dilengkapkan dengan maklumat yang terbatas .
Aku pernah terbaca , setipa benda selain diciptakan dengan jirim dan tenaga setiap satunya juga telah dilengkapkan dengan maklumat yang sememangnya telah ditetapkan.

Umpamanya , dari manakah lebah mengetahui cara untuk membina sarangnya yang setiap satu bentuk punya ketetapan bentuk dan ukuran yang sama ?
Dapat diumpamakan di sini seperti sebuah buku. buku itu punya maklumat.
Sudah tentu maklumat itu datangnya dari penulis atau pengarang dan dipindahkan kepada ciptaannya , dalam konteks ini buku tersebut . Adakah mungkin bagi buku tersebut untuk menambahkan maklumat di dalamnya , dengan usahnya sendiri tanpa kehendak dan kekuasaan pengarang?

Begitulah halnya dengan kita , sebijak manapun kecerdikan kita , kita tidak akan upaya untuk mengetahui melainkan apa yang ditetapkan Allah kedalam diri kita.
Jika dilihat kembali , kita seharusnya sedar bahawa kita juga tidak punya sebarang kuasa mahupun sedikit kehendak untuk memulakan kewujudan kita sebelum apa2 pun dari diri kita mula wujud . Kita sememngnya lemah , teramat lemah .

moga bicaraku yang hina ini ada gunanya dan semestinya banyak pula kekurngannya. jika ada yang salah , mohon dibetulkan.

salam

Monday, December 21, 2009

assalamualaikum

sebagai seorang remaja , sememangnya rasa ingin berkasih itu ada.
Namun kita perlu menyedari bahawa apa yang diingini tidak semestinya merupakan sesuatu yang baik .

Kehidupan kita ,malahan kewujudan kita sebenarnya adalah bergantung sepenuhnya kepada rahmat dah kasih ilahi , tuhan yang maha mengasihani , kasihnya tidak terbtas dan tidak terjangkau dek akal.

setiap detik kewujudan kita , tidak kira di alam mana sekalipun merupakan atas kehendak dan kasih tuhan , setiap helaan nafas , setiap detik waktu berlalu , tuhan dengan rahmat kasihnya tidak pernah walau terhenti masa , melepaskan kekuasaannya mengatur ,mengawal menggerak setiap saraf, setiap atom yg wujud agar segalanya bergerak , berfungsi dengan sebaik-baiknya ,agar manusia itu bisa bernafas , bisa hidup ,punya rasa dan cita.Setiap degup jantung yang manjana nafas , melahirkan kehidupan adalah kasihnya.

Tuhan itu pada aku , maha pemgasih , kasihnya amat hampir dengan hamba-hambanya.
Kerana kasihnya akn kita , kita semua , dia dengan kehendak dan kekeuasaanya bersifat dengan sifat maha melihat , maha mendengar maha mengetahui segala dilangit ,bumi dan antara keduanya agar manusia itu berada dalam pengetahuannya , penglihatnnya dan pendengarannya .Dia ingin dekat dengan hamba-hambanya.

Namun , hamba ini terlalu angkuh ,sombong dan bodoh .
Sering kali tercari-cari selain kasihnya , hati ini sering mengingat salain Dia .
Sedangkan dia sentisa bersama hambanya , setiap detik kewujudan.
Dia begitu hampir , lebih hampir dari salur darah di leherku.

Kini , aku dengan penuh harap
memohan agar hati ini dibebaskan ,
dibebaskan dari segala rasa ,
rasa cinta selain untuknya ,
yang menjadi beban kepada hati ,
menarik diri , jauh ke dasar ,
saat hati sepatutnya mendaki
mendekatkan diri kepada ilahi ,
Itulah tujuan hidup yang hakiki , untuk mengabdikan diri ,
pada Dia , pemilik diri dan hati.

Salam.